Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY Musim 9 (MPL MY S9) adalah liga e-sukan perintis untuk Mobile Legends: Bang Bang di Malaysia. Peringkat Qualifiers untuk MPL MY S9 dijalankan secara atas talian manakala peringkat Regular Season dan Playoffs akan dilakukan secara luar talian atau on-ground

10 pasukan, termasuk 8 pasukan jemputan bersama 2 pasukan yang layak dari peringkat Qualifiers akan bertarung dalam Regular Season, di mana hanya 8 pasukan teratas sahaja akan meneruskan ke peringkat Playoffs.

Keberanian pasukan yang layak ke peringkat Playoffs akan diuji, dimana mereka akan berjuang untuk peluang memenangi kumpulan hadiah utama wang tunai sejumlah USD$ 100,000! Kejohanan MPL MY S9 akan disiarkan SECARA LANGSUNG di semua laman media sosial rasmi MPL MY termasuk Facebook, YouTube dan TikTok.

Pada tanggal 18 Februari 2022 hingga 24 April 2022, musim ke-9 MPL MY telah diadakan dengan jayanya. 10 pasukan dari Malaysia bertarung sehingga titisan keringat yang terakhir tetapi hanya satu pasukan sahaja yang layak dinobatkan sebagai juara. Gelaran juara bagi musim ke-9 berjaya disandang semula oleh pasukan TODAK dengan mata 4-1 setelah menumpaskan pasukan Orange Esports.

Playoff Bracket

Teams

HOMEBOIS

TEAM SMG

GEEK FAM

MAB ESPORTS

ORANGE ESPORTS

RED ESPORTS

RSG MY

SUHAZ ESPORTS

TEAM CARACAL

TODAK

Casters

Sith

Shamilo

Adeen

Artha

CortX

Icybaby12

Karakuri

Sdafhaa

Stats

Rank Team Kills Deaths Assists Gold Damage Lord Kills Turtle Kills Tower Destroy
1

TODAK

699 623 1418 0 0 0 0 0
2

ORANGE ESPORTS

660 779 1372 0 0 0 0 0
3

RED ESPORTS

599 509 1277 0 0 0 0 0
4

SUHAZ ESPORTS

554 635 1180 0 0 0 0 0
5

RSG MY

542 529 1291 0 0 0 0 0
6

TEAM SMG

535 372 1213 0 0 0 0 0
7

TEAM CARACAL

489 543 1022 0 0 0 0 0
8

HOMEBOIS

441 460 966 0 0 0 0 0
9

MAB ESPORTS

427 426 1013 0 0 0 0 0
10

GEEK FAM

362 432 767 0 0 0 0 0

Final Standing

Sponsors