Tiada Kolaborasi Bersama Pasukan Lain Musim Ini – Orange Esports

18 July, 2022

Orange Esports hari ini mengumumkan barisan pemain mereka yang akan beraksi di MPL MY Musim ke 10. Seperti yang kita biasa lihat dari pasukan buah ini, mereka akan berkolaborasi bersama pasukan lain tetapi musim ini mereka melakukan beberapa perubahan apabila tidak bersama dengan mana-mana organisasi esukan sedia ada atau yang baru meningkat naik. 

Antara pemain yang diserap masuk ke dalam pasukan ialah Regular Season MVP S9 iaitu bekas pemain Team SMG, Stormie. Orange Esports pernah beraksi di pentas MLBB Southeast Asia 2022, adakah mereka akan sekali lagi mencuri tumpuan lepas ke Kejohanan dunia MLBB M4 bersama pemain baharu? 

Barisan pemain dan role mereka musim ini. 

Stormie – Midlaner (Bekas pemain Team SMG)
Born – Exp Laner
Valenz – Gold Laner
Subway – Jungle (Bekas pemain Team SMG)
Neo – Exp Laner (Bekas pemain Caracal)
Aim – Roamer (Bekas pemain Caracal) 

CREDIT: https://arkd.my/tiada-kolaborasi-bersama-pasukan-lain-musim-ini/