[MLBB] Liga MSPC 2022 Berakhir

25 July, 2022

Kemeriahan liga Mobile Legends Bang Bang di Malaysia semakin membara, baru-baru ini berlangsung Playoffs MLBB Semi Pro Championship 2022 (MSPC) bertempat di Sungei Wang Kuala Lumpur. Mendapat kecaman di awal pelancaran Liga ini akhirnya ia berakhir dengan sempurna.

Pada awalnya liga ini hanya dirancang berlangsung secara atas talian (Online), namun pada pertengahan kejohanan ini pelbagai kejutan diterima. Mereka mendapat tajaan lokasi dan pelbagai tajaan lain. Antaranya penaja lokasi kejohanan iaitu Sungei Wang Plaza, Kuala lumpur, aplikasi pembangunan esukan; Kohai, minuman bertenaga Eureka dan Bold Prime. Di masa hadapan diharapkan lebih banyak penaja akan bersama-sama turun membantu liga sekecil ini untuk melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti.

Musim pertama ini sebanyak 14 pasukan telah mendaftar, berkemungkin musim kedua lebih banyak pasukan yang mula berminat dan terbuka untuk menyertai Liga Semi Pro ini. Mungkin ada yang beranggapan liga ini hanya sia-sia, tetapi ada pasukan yang bermain di liga ini kini sedang melakukan persiapan ke acara terbesar MLBB iaitu MPL MY Musim ke 10. Team Lemah (Kini dikenali sebagai Team Lunatix) akan beraksi di pentas MPL MY yang akan bermula 5 Ogos 2022 ini.

The Academy (HomeBois) telah dinobatkan sebagai juara bagi MSPC Musim pertama, mereka memadamkan impian THQ Academy untuk bergelar juara dengan perlawanan berkesudahan 3-0.

Lunatix Origins menamatkan kejohanan ini di tempat ketiga manakala Team Lemah (Kini Team Lunatix) pula di tempat keempat, Pasukan Madness Esports dan Pasukan Rahasia pula berada di tempat ke 5 & 6 manakala Rebel Esport & Suhaz Jr berada di tempat ke 7 & 8.


Credits: https://arkd.my/mlbb-liga-mspc-2022-berakhir/