Barisan Pemain Team HAQ MLBB Musim Ke 10

22 July, 2022

Team Haq Esports Club secara rasminya berjaya menandatangani pemain MLBB Poh Chun Wai ataupun lebih dikenali sebagai Panda daripada pasukan Geek Fam dan Team SMG. Panda telah pun menandatangani kontrak bersama Team Haq dan dijangka akan membuat penampilan sulungnya ketika MPL MY musim ke-10.
Panda yang bermain sebagai Gold Laner ternyata memberikan impak besar apabila membantu Team Haq layak ke pusingan Regular Season dengan rekod menang semua perlawanan semasa pusingan kelayakan tempoh hari. 


Team Haq Esports Club akan bertanding dalam MPL MY musim ke-10 dengan barisan pemain seperti berikut: Minnn, Mannn, Gary, Lolla & Waff serta Panda dan mereka akan terus dibimbing oleh Coach Pabz. 


Kami telah melakukan yang terbaik untuk membawa Panda ke dalam pasukan kerana kami percaya dengan kemahiran dan pengalaman yang beliau miliki akan melengkapkan pasukan MLBB kami yang akan bersaing dalam peringkat tertinggi. Saya juga berharap kualiti pasukan kami juga akan turut meningkat dengan kemasukan Panda ke dalam pasukan

Aiman Haq, Pengasas Team Haq Esports Club


MPL MY Musim ke 10 akan bermula pada 5 Ogos 2022 bermula dengan peringkat kumpulan.

Barisan Pemain Dan Peranan (Role):

  • Minn – Roamer
  • Mann – Midlaner
  • Gary – Team Captain / Jungler
  • Lolla – Explaner
  • Panda – Goldlaner
  • Pabz – Coach


CREDIT: https://arkd.my/barisan-pemain-team-haq-mlbb-musim-ke-10/